Thursday, October 7, 2010

CiNTa MoNyET

Perasaan cinta dan kasih sayang adalah fitrah manusia...Jika perasaan itu diuruskan dengan betul nescaya akan membawa kebahagiaan dan keharmonian hidup manusia...Memang perasaan semula jadi manusia suka dikasihi,suka disayangi,suka dicintai,suka diambil peduli,suka dipuji,suka merajuk,dan suka pula dipujuk...Maka wujudlah istilah "CiNTa MoNyEt" yang merujuk perasaan cinta sekejap kerana ditipu oleh perasaan keremajaan itu...Pada masa dilamun perasaan cinta monyet ini maka dirasai bahawa dunia ini cukup indah dan seolah-olah penghuni dunia ini hanyalah "aku dan engkau" sahaja...Cinta monyet akan menyebabkan pelajar-plajar yang terlibat akan kurang maju dalam pelajaran sebab banyak masa digunakan untuk mengkhayalkan yang indah-indah tentang kekasih...Adakah anda sebagai seorang pelajar cemerlang akan terjebak di dalam fenomena ini?? renung-renung kan dan selamat beramal...

No comments:

Post a Comment